Friday, 16 September 2016

Asas Kecantikan bermula di sini




Selamat selamat selamat...
Assalamualaikum..

Mari sini semua.. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan set asas kecantikan yang saya gunakan. Set yang saya maksudkan adalah seperti yang tertera sepeti gambar di atas iaitu:

1. ESP
2. SR VITA-C PLUS

ESP tu sebenarnya air soya. Haha.. Tp ESP ni berbeza dengan air soya yang kita boleh dapat di pasaran. Kenapa ye? Apa perbezaanya?

1) Dr Forrest C Shaklee telah menemui kaedah untuk mengekstrak atau mengasingkan kandungan protien daripada kacang soya lalu menghasilkan ESP pada awal tahun 1970an. Kami pon belum lahir lagi... Hahaha

2) ESP ialah minuman tinggi protein dan merupakan protein tumbuhan-tumbuhan iaitu daripada kacang soya. Senang cakap, ESP ni bukan air kacang soya tapi air protein dari soya. Boleh bawak masuk gym. Hahaha....

3) Satu canister ESP 850g terhasil daripada lebih 30kg kacang soya untuk mendapatkan protein. Lagi sekali ye, protein dari kacang soya. Protein sahaja dan bukan isinya.

Apa pulak SR VITA C PLUS tu?
Ok ok ok... Sabar.. Saya akan cerita.. SR tu sustained release.. VITA C tu pulak Vitamin C.. PLUS tu tambah.. Hahah...

SR VITA C PLUS ni larut dalam air sepenuhnya dan dilepaskan ke badan sekiranya diperlukan. Jika tidak diperlukan, baki dari VITA C tadi akan dilepaskan melalui air kencing. Maka dengan itu, tidak ada saki baki yang akan ditinggalkan dalam badan. 

Kenapa pulak kita nak kena ambil vita-c ni?
Ok.. meh sini saya citer, kenapa kita kena ambil vitamin c.. sebabnya yang utama.. badan kita ni tidak boleh menghasilkan vitamin c dengan sendirinya.. badan kita cuma tahu cara nak guna vitamin c je..huhu.. sekiranya badan kita dah habis atau kekurangan vitamin c.. secara otomatisnya antibody badan kita akan jadi lemah dan mengakibatkan kita mudah terkena jangkitan. So.. untuk membantu badan badan kita supaya jadi kuat dan tinggi antibodi.. sebab itulah kita perlukan vitamin C.. 

Kan banyak lagi brand vitamin C kat luar sana? Kenapa kena pilih Shaklee?
Soalan yang sangat menarik, kenapa kita kene pilih Shaklee SR Vita-C Plus? Kalau korang perasan la, kebanyakan vitamin c yang dijual kat luar sana ada silica gel didalam botol.. perasan tak? Untuk pengetahuan semua, Shaklee tidak menggunakan silica gel adalah kerana vitamin yang dihasilkan oleh Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, perasa dan tanpa pengawet. Kalau x percaya, amik sebiji vitamin dari shaklee dan sebiji vitamin dari botol yang ada silica gel tu, letakkan kat atas meja, tinggalkan untuk beberapa hari. Hasilnya, vitamin shaklee tu tak berubah pon, tapi, vitamin yang lagi satu tu akan bertukar jadi hitam.. sebab apa, sebab vitamin tu ada bahan-bahan sintetik.. 


Takkan baca je.. x cukup... 
telefon kami, biar kami consult..

Yuse - 0136406793
Ayoi - 0136406783
SID - 1116840






Saturday, 23 July 2016

SET IBU HAMIL DAN BERPANTANG.

SET IBU HAMIL DAN BERPANTANG.


Tahniah !!! Tak lama lagi anda akan jadi seorang emak dan seorang abah..
Itu rezeki yang Allah Taala bagi pada pasangan yang hidup bersama berdua. Hadirnya cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Pada yang masih belum dikurniakan rezeki ini, sabarlah sebab suatu hari yang tidak dijangka Allah akan bagi rezeki itu. Yang penting sabra dan terus berdoa..

Ramai yang Yuse perhatikan, ada di luar sana takut takut nak cuba set ini. SEBABnya takut beri kesan negative pada kandungan. Pada Yuse, Yuse lebih takut dan risau dengan persekitaran luar sekarang dan ubat ubatan penahan yang terdedah dengan bahan bahan yang mungkin beri kesan pada system badan kita. Ye…ada yang selamat sebab dari hospital atau doctor..tapi tak semuanya selamat dan beri khasiat dan vitamin pada ibu yang hamil dan bayi di dalam kandungan. Doktor yang hamil pun amalkan pengambilan Shaklee sebab mereka tahu khasiatnya jauh lebih bagus berbanding ubat ubatan yang diberi oleh doctor.

Seperti Dr. Najihah yang Yuse akan ceritakan ini, beliau ambil SET LENGKAP IBU HAMIL DAN BERPANTANG.
Jom kita baca kisah beliau


TESTIMONI 13: SUPLEMEN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL DAN BERPANTANG.

Assalamualaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. Saya sekarang adalah ibu kepada 6 anak berusia antara 5 bukan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua dan ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini).

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami sayalah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulung dan sewaktu berpantang anak kembar peristiwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambil hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak yang ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil dan Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak anak kecil seramai 6 orang tetapi Alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan KEHAMILAN dan BERPANTANG ANDA !!







Inilah set lengkap Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee. Setiap satu ada sebab dan khasiat yang perlu ada pada ibu hamil.



ü  Ostematrix
-      Sumber kalsium utama terutama buat yang loya nak telan susu ibu hamil etc, dilengkapi dengan Vitamin D, magnesium untuk penyerapan kalsium yang optimum. Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.

ü  Vita-lea
-      Multi-vitamin dan multi mineral yang SEMULAJADI (bukan sintetik) yang membantu ibu mendapat semua nutrisi yang diperlukan tubuh semasa hamil, bayi juga mendapat manfaatnya secara tidak langsung.

ü  Sustained Release Vita C Plus
-      Membantu ibu mengekalkan kesihatan yang baik , yang mana Vitamin C membantu meningkatkan imun system terutama yang mudah terkena selsema, batuk dan demam.

ü  B Complex
-      Dilengkapi dengan semua vitamin B yang diperlukan tubuh untuk proses sintesis makanan serta keperluan dan kesihatan tubuh.

ü  Omega Guard
-      Kaya dengan sumber Omega 3 & 6, yang membantu perkembangan otak, mata dan saraf bayi. Tinggi kandungan EPA & DHA dalam setiap kapsul.

ü   ESP – Soy Protein Isolate Powder
-      Protein soya yang rendah glycemic index, rendah gula, membantu membekalkan tenaga ibu agar kekal cergas sepanjang hari.


Begitu cantik dan penting khasiatnya untuk ibu hamil dan semasa berpantang.

CARA PEMBELIAN SET LENGKAP IBU HAMIL DAN BERPANTANG

Sila hubungi Yuse untuk mendapatkan konsultasi tentang SET LENGKAP IBU HAMIL DAN BERPANTANG yang PASTINYA MEMBANTU PARA IBU DI LUAR SANA LEBIH SIHAT DAN CERGAS TANPA PERASAAN TAKUT DAN RISAU. Anda juga akan dapat tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Yuse. Sekiranya anda berada di sekitar  Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Cyberjaya , Yuse merupakan PENGEDAR SHAKLEE ANDA di kawasan itu.


Cikgu Yuse
Ig @cikguyuse
Email :yusenazuinyusof@gmail.com / shakleespot@gmail.com.my
Call/sms/whatsapp: 0136406793
COD Area: Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Cyberjaya
Pos Seluruh Malaysia

Wednesday, 29 June 2016

Lecithin - a way to slim

Lecithin lecithin lecithin

Satu supplement yang bagus untuk membantu kita bakar lemak-lemak yang ada dalam badan kita. 








Friday, 24 June 2016

Mata Rabun Vs Carotomax

Carotomax merupakan satu supplement tambahan yang mengandungi fotokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan juga membran mukosa.Carotomax adalah camuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutien dan zeaxanthin yang menghasilkan satu carotenoid yang lengkap. Carotomax bagus dan sesuai diamailkan oleh mereka yang mengalami masalah mata rabun.

Carotenoid

Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna pada sayur-sayuran. Carotenoid merupakan sumber vitamin A yang terbaik. Vitamin A sangat baik dalam melindungi sel, menguatkan sistem imun tubuh dan juga memperbetulkan fungsi organ tubuh.



Di dalam Carotomax, mengandungi carotenoid seprti: 
  • Alpha Carotene
    • merupakan sebahagian dari keluarga Carotenoid. Badan manusia mampu menukarkan alpha carotene dan beta carotene kepada Vitamin A dengan tujuan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan tulang, penglihatan yang baik dan juga sistem imun yang kuat. Selain itu, Alpha carotene juga bertindak sebagai anti-oksidan. Anti- Oksidan adalah enzim yang berfungsi untuk menghentikan radikal bebasdari mengakibatkan kerosakan sel.
  • Beta Carotene
    • Sama seperti Alpha Carotene, Beta Carotene juga merupakan sumber Vitamin A. 
  • Lycopene
    • merupakan bahan kimia semulajadi yang memberikan warna merah kepada buah-buahan dan sayuran. Lycopene paling banyak ditemui di dalam tomato dan produk-produk tomato. Seperti Carotene, Lycopene adalah anti-oksidan yang berfungsi untuk melindungi sel dari rosak.
  • Astaxanthin
  • Lutein & Zeaxanthin
  • Astaxanthin
Secara keseluruhannya, Carotomax bukanlah semata-mata untuk mata sahaja, tetapi boleh juga diaplikasikan untuk kesihatan tulang dan juga kulit. 

So, apa tunggu lagi

Hubungi kami:
Yuse - 0136406793
Ayoi - 0136406783

SID - 1116840


Friday, 17 June 2016

Ramadhan - Peluang untuk Berhenti Merokok

Apa itu Rokok?

Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berbeza mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Merokok ialah aktiviti seseorang yang menggunakan sebatang rokok.(Sumber dari Wikipedia)

Kesan Rokok

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau. Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.




Rokok boleh mendatangkan berjuta-juta jenis penyakit. Antaranya ialah: 
  • Kanser pundi kencing
  • Kanser perut
  • Kanser usus dan rahim
  • Kanser mulut
  • Kanser esofagus
  • Kanser tekak
  • Kanser pankreas
  • Kanser payudara
  • Kanser paru-paru
  • Penyakit saluran pernafasan kronik
  • Strok
  • Pengkroposan tulang (Dikenal dengan osteoporosis)
  • Penyakit jantung
  • Kemandulan
  • Putus haid awal
  • Melahirkan bayi yang cacat
  • Keguguran bayi
  • Bronkitis
  • Batuk
  • Penyakit ulser peptik
  • Emfisima
  • Otot lemah
  • Penyakit gusi
  • Kerosakan mata

Rokok juga turut memberi kesan terhadap persekitaran perokok terutamanya keluarga

Kesan asap rokok terhadap isteri:

  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan asap rokok terhadap anak:

  • Lebih mudah mendapat lelah
  • Mudah mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa

Berhenti Merokok dengan Shaklee

Di bulan Ramadhan ini, ambillah peluang untuk berhenti merokok. Ya, ianya bukannya mudah tetapi ianya juga bukanlah mustahil. Ini adalah kerana berpuasa boleh merupakan satu usaha pembentukan sahsiah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu. Untuk melancarkan lagi misi berhenti merokok, Shaklee merupakan teman yang pasti dapat membantu perjuangan.

Berikut adalah antara supplement Shaklee yang disarankan:
  • Vivix - Memberi impak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • Nutriferon - Meransang sistem imun
  • Vita-C - Antioksidan. Merokok mengurangkan Vitamin C secara mendadak
  • B-Complex - Diperlukan dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
  • Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
  • Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak dan tisu
  • DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak dan tisu

Untuk pertanyaan dan konsultasi mengenai produk dan set-set yang sesuai dengan poket anda. Sila hubungi: 

Ayoi / Yuse : 0136406783 / 0136406793
Shaklee ID: 1116840
#Sepang #Nilai #Cyberjaya #Putrajaya







                                   





Saturday, 11 June 2016

Shaklee 101: Introduction


Selama lebih 60 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang tjerunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI


SELAMAT

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian telah dijalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kajjian diteruskan ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Pembungkusan produk adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. 

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleumv Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


BERKESAN

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.



MESRA ALAM

  • Tiada perasa-perasa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna atau lemak Trans
  • Tiada bendasing tersembunyi
  • Tiada ujian terhadap haiwan
  • Tiada bahan-bahan yang diharamkan
  • Tiada peluntur klorin


Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California


Comments system

Disqus Shortname